Google
 

" Salam Pengajian Semester 1 Kepada Semua Pejuang Demokrasi Kampus"

Isnin, 2009 November 09

Memori Indah bersama Pelajar Nursing dan Health Care di Windfield College

[Hujung sekali-Hamizan, Adam, (saya), Shahril dan Safwan dengan posing masing - masing]

[barisan jururawat - jururawat Islam masa hadapan]

Sejak kebelakangan ini, saya terkenang para pelajar yang pernah saya berkongsi pengalaman bersama mereka hampir setiap minggu untuk dua bulan yang lalu tentang Pengajian Islam. Bermula tentang asas - asas utama pengajian Islam seperti Pengertian Islam, Iman dan Ihsan sehinggalah ke isu - isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam seperti Globalisasi dan Sains Teknologi dalam Islam. Mereka semua merupakan para pelajar Nursing di Windfield College Kuala Lumpur.

Semoga mereka semua masih bersama dengan nasihat dan taujihad yang dikongsikan selama ini. Mari kita doakan bersama semoga kita semua yang masih lagi dalam tempoh pengajian diberikan kemudahan untuk menghadapi peperiksaan yang semakin hari semakin dekat.

Saya juga hendak mengucapkan tahniah kepada Sdr Syahril selaku Class Rep. yang banyak membantu saya mendapatkan kelas dan 'follow up' rakan2 yang lain dalam mengikuti kelas saya selama ini. Syabas dan Alhamdullilh juga saya ucapkan kepada Khatijah, seorang pelajar yang berani mengubah penambilan diri kerana Allah. Moga diberikan isitiqamah dalam perubahan diri anda.

Jumaat, 2009 November 06

Salam Kejayaan!!!


Selamat Menduduki Peperiksaan kepada semua Pelajar FKP USIM dan Pelajar Nursing, Health Care WindField College.

Semoga diberikan Kemudahan. I'allah. Amin

Rabu, 2009 November 04

Haflah Wada' USIM Semester 1, 2009/2010

[Hidangan yang disediakan sendiri oleh HAA6 FKP]

[Para pelajar HAA6 FKP]

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia dalam Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Dakwah kerana telah menganjurkan Haflah Wada' untuk semester ini. Tahniah saya ucapkan atas kerjasama kalian semua sepanjang perkongsian ilmu selama satu semester ini. Semoga Allah memberikan kemudahan buat antum selalu.

Jadikan perkongsian kitab2 yang kita bicarakan sebelum ini sebagai aplikasi dalam kehidupan. Makalah - makalah ilmiah yang sempat kita diskusikan bersama seperti kitab Ihya' Ulum Ad Din karangan Imam Ghazali, Adab Ad Dunya wa Din karangan Imam Mawardi, Mughni Muhtaj karangan Imam Khatib Syarbini rahimahumullah dan Fatwa Muassarah himpunan karangan Yusof Qardhawi hafizahullah, jadikannya sebagai pegangan dan cara kehidupan.

Semoga diberikan sinar baru setiap detik waktu dan kehidupan. Syabas dan tahniah!!!

[Tak jelas-sesi bersama pelajar HAA8]

[Jamuan bersama pelajar HAA 8]

[Bersama para pelajar HAA 5]

Sabtu, 2009 Oktober 31

Al Fatihah buat Ayah Hazami

[Kenangan bergambar ketika majlis pernikahan adik bongsunya]

Al Fatihah buat AlMarhum Hj Ahmad yang merupakan ayah kepada penyanyi terkenal Hazami. Beliau telah pergi ke rahmatullah pada hari Rabu yang lalu dan jenazahnya dikebumikan pada hari Khamis iaitu keesokkan harinya.

Saya beserta keluarga turut mengambil peluang menziarahi jenazah Almarhum yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda. Kehadiran kami sekeluarga memang dinantikan kerana saya dan Hazami merupakan sepupu. Ayah beliau merupakan Abg Ipar kepada ayah saya. Pelik tapi benar. Itulah 'Pakcaq' saya.

Benarlah firman Allah yang mafhumnya, "Setiap yang bernyawa pasti akan MATI." Semoga tuhan menempatkan almarhum bersama roh para anbiya', sahabat dan solihin. Amin.


[Pergi tak kembali. KelihatanAbg Azidi yang bersongkok, Abg Asmadi, (Abg2 kepada Hazami) dipusara ayahanda]

Selasa, 2009 Oktober 27

Forum : Real Life After Graduation

Semua gambar dengan ihsan dari blog: http://insyirahamsyar.blogspot.com/

[Memori bersama krew dan panelis forum]

Sebelum terlupa entry ini, saya mengucapkan tahniah kepada Quranic Youth Club (QYC) kerana telah berjaya menganjurkan forum yang bertajuk Real Life After Graduation di Eksperimental Hall, UIAM pada 2 Oktober 2009 lalu. Saya juga ingin melarik seribu penghargaan yang tidak terhingga kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk berkongsi pandangan dan pengalaman sebagai salah seorang panelis program.

Antara penalis lain ialah Ybhg Ustaz Pahrol Juoi dari Telaga Biru dan Puan Roselaini Abdul Rahman dari UTM. Keberadaan saya di atas pentas membuatkan diri saya begitu kerdil kerana berada seiring dan sejalan bersama panelis tersohor. Siapa tidak kenal Ustaz Pahrol Juoi, seorang editor Majalah Solusi terbitan Telaga Biru, penulis novel dan buku2 motivasi. Begitu juga Puan Roselaini, aktivis JIM yang berkarisma. Beliau sudah berkhidmat sebagai aktivis masyarakat lebih 20 tahun.

Saya berpandangan QYC cuba membawa para pelajar dan audiens kepada beberapa perspektif tentang kehidupan selepas bergraduasi:

Pertama, peranan graduan yang perlu dimainkan sebagai pendakwah yang lebih menjurus Lisanul Maqal iaitu penulisan dan pembinaan modal insan. Perkara ini disentuh dengan jayanya oleh Ustaz Pahrol.

Kedua,
peranan mereka untuk berjuang sebagai aktivis masyarakat yang lebih menjurus Lisanul Hal iaitu bantuan dan perkhidmatan kemanusiaan.

Ketiga, peranan mereka yang baru bergelar 'fresh graduate' antara memilih jalan dan asas2 hidup oleh saya.

Fresh Graduate: Apa yang selalu dibuat??
Saya bawakan 3 huraian pertama dalam forum tersebut.

1.Sambung Belajar
Ada orang memilih untuk sambung belajar setelah tamat pengajian. Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah memilih IPT yang sesuai. Ada orang pilih IPT lamanya kerana mudah utk mendapatkan sebarang kemudahan. Ada juga yang memilih IPT lain kerana ingin mencari pengalaman belajar di tempat berbeza, pensyarah yang lain dan membina pengaruh rakan baru.

Seterusnya anda juga perlu menentukan siapakah yang akan 'sponsor' sewaktu pengajian anda. PTPTN, JPA, MARA, Biasiswa Negari? Tepuk dada, tanya selera. Kemudian anda perlu tentukan tempoh pengajian. Adakah untuk belajar sepenuh masa atau separuh masa? Soalan lain pula ialah apakah metod pengajian yang sesuai untuk anda. Penulisan tesis atau 'coursework'. Pilihan di tangan anda.

2.Memilih utk bekerja
Ramai juga yang memilih untuk mencari pengalaman bekerja terlebih dahulu. Alasannya mudah iaitu untuk mengumpul dana samada untuk sambung belajar atau berkahwin. Saya suka untuk menyebut bahawa setelah bergraduasi, jangan biarkan diri anda menganggur walau sehari. Pastikan anda sudah mempunyai sebarang pekerjaan walaupun pekerjaan itu bersifat separuh masa.

Jangan malu untuk bekerja. Kerjalah walaupun gajinya sedikit kerana sementara kita menanti profession dan karier yang sesuai, kita tidak membuang masa dengan hanya menunggu dan makan minum serta tempat tidur kita ditanggung beres oleh kedua ibubapa kita. Tak malukah kita seorang yang berpengajian tinggi tapi masih lagi membebani kedua orang tua kita? Jawapannya terletak pada anda.

[Bersama tokoh pendakwah M'sia:Ustaz Pahrol Juoi]


3.Hajat Berkahwin
Kalau anda sudah memasang niat untuk 'mendirikan masjid', saya sarankan untuk diteruskan. Kadangkala pernikahan kita ini akan memandu kehidupan untuk lebih diberkati Allah. Banyak rezeki yang diperolehi hasil pernikahan. Namun, berkahwin tidak mudah seperti yang diungkap. Anda perlu berfikir panjang dalam membuat keputusan ini.

Persoalan yang bakal timbul ialah bersediakah anda untuk bergelar suami dan menggalas tanggungjawabnya? Antara lain, sudahkah anda bersedia untuk menyediakan hak asasi bakal isteri anda seperti makan, pakaian dan tempat tinggal? Bagaimana pula dengan persiapan mental dan fizikal anda untuk menempuh keluarga mentua?

Perlu diberi perhatian, kalau anda masih lagi bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, lupakan seketika hasrat ini. Bina dulu impian baru dengan bekerja dan mengumpul duit secukupnya. Jangan kecewakan hasrat bakal isteri anda, hidup pun sekadar perlu, makan pun tidak tentu apatah lagi untuk lebih bahagia dan gembira.

Kehidupan berkeluarga tambahan lagi di ibu kota seperti di Kuala Lumpur memerlukan kesungguhan padu dari individu yang komited dan berani. Tidak perlu untuk saya ingatkan bahawa kos dan taraf hidup di KL begitu tinggi. Huraian saya mudah. Contoh yang boleh diambil, kehidupan di Gombak, antara bajet asas yang perlu diberi perhatian:

Sewa Rumah : RM 500.00
Pinjaman Kereta : RM 350.00
Bil Utiliti : RM 100.00
Kos Makanan Harian: RM 20 x 30 hari ( Harga Minimum 2 org makan) : RM 600

Total Kos : RM 1550.00 (Anggaran Kasar)

Itu tidak termasuk untuk kos membeli belah di pasaraya, wang simpanan peribadi, wang simpanan untuk dua keluarga (keluarga suami dan isteri), keperluan asasi rumah, minyak dan servis kenderaan serta sebagainya. Kos bulanan mampu mencecah sehingga RM 3000.00 kalau dilihat secara teliti dan kemas. Tanggungjawab anda akan turut bertambah kalau bakal isteri anda tidak bekerja. Fikir-fikirkan.

Inilah antara isu yang telah saya bangkitkan dalam forum yang lalu. Semoga dapat memberi manfaat bersama.

Sabtu, 2009 Oktober 24

Terima Kasih Daun Keladi (AidilFitri di Gombak)

Sekalung peghargaan kepada semua rakan2 dan sahabat2 yg sudi meluangkan masa utk menziarahi teratak saya di Gombak. Kehadiran anda semua amatlah bermakna buat saya dan isteri. Sedikit cebisan memori indah di rumah kami.

[Hadi & the Gang Maktab-Ex MMAS Class of 2002]

[Bersama Yasir, Taufik dan Syakir]

[Bersama Majistret Selayang Tuan Najib&isteri serta Jamal dan Yusof]

[Kenangan bersama Inspektor2 Sukarelawan Polis SUKSIS UIAM]

[Memori bersama Trainer Berbakat-Hariri&Zukhairi serta Majistret Gua Musang Tuan Hayyi]

Rabu, 2009 Oktober 21

Majlis Konvokesyen Ijazah Shariah (LLB.S)

[Ijazah Kali Kedua diberikan oleh DYMM Sultan Pahang]

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah dengan limpah rahmat dan inayahnya dapat juga saya bergraduasi dengan segulung Ijazah Sarjana Muda Undang - Undang Shariah. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada dua ibu bapa saya yang sanggup untuk bercuti semata -mata untuk mengiringi saya ke majlis konvokesyen yang penuh bermakna ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada isteri saya yang membantu saya sepanjang menghadiri majlis ini. Mungkin konvokesyen tahun ini penuh dengan makna kerana pada tahun yang lalu majlis konvokesyen hanya dihadiri oleh mak dan ayah sahaja tapi pada tahun ini saya diberikan anugerah oleh Allah dengan bertemankan isteri.

Jazakumullah juga diucapkan kepada semua saudara mara,sahabat2, rakan2 dan para pelajar yang mendoakan saya dan mengirimkan mesej ucapan tahniah kepada saya. I'allah doakan kepada saya pada tahun depan sekiranya diizinkan, saya sekali lagi akan bergraduasi dalam Master in Banking Law (LL.M) utk kali ketiga. Salam mesra semua!!!

[bersama bonda, isteri dan adik bongsu]

[Dua pasang pengantin lelaki utk Kelas Shariah 2008]

[Bersama Sidiq, Adam dan Pokdin dari kiri]

[bersama Isteri di luar dewan konvo]

Isnin, 2009 Oktober 19

Open Class di USIM dan Windfield College

Sambutan Aidilfitri bersama rakan2 pelajar memang menyeronokkan. Tambahan lagi keriangan itu berterusan sekiranya persiapan itu disediakan atas inisiatif sendiri. Saya sempat menyahut jemputan beberapa pelajar yang inginkan meraikan Sambutan Aidilfitri mereka bersama saya.

Ini cebisan 'snap shot' yang berjaya diambil sempena Aidil Fitri di Usim dan Windfield College.

[Persiapan rapi Majlis Aidilfitri di Tingkat 18, Plaza Nationwide]

[Antara Putra-Putra Macho dalam Jurusan Nursing]

[Makan Besar bagi para pelajar HAA 7 FKP]

[Masing - masing bersama kuih yang dibawa khas dari kampung]

Rabu, 2009 Oktober 14

Sekitar Aidil Fitri di Kedah 09

[bersama Khairul Fikri dan isteri, Pelajar Dental UIAM]

[Sepupu yang manja di rumah Terbuka Bedong]

[Rakan2 dari KL yang datang beraya di Bedong]

[Bersama YB Zulkifli Nordin sewaktu hari raya]

Sambutan AidilFitri tahun ini menjanjikan seribu satu kenangan dan memori apabila menyambutnya buat kali pertama sebagai suami orang. Raya pertama di kampung nenek di Kulim Kedah dan disusuli dengan kampung isteri di Alor Setar. Khutbah raya di Kulim begitu tersentuh apabila disampaikan oleh YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim.

Saya masih lagi mengingati beberapa isi penting yang disampaikannya. Antaranya dengan ehsan dari blognya yang telah saya ringkaskan:

1.Pengertian Taqwa
Sahabat bertanyakan Saidina Umar R.A tentang taqwa. Beliau menjawab dengan bertanya semula, Bagaimana kamu jika berjalan dimalam hari yang gelap gelita dijalan yang penuh ranjau dan duri dalam keadaan mata tertutup?" Sahabat menjawab, "sudah tentu kami akan berjalan dengan penuh hati-hati". Kata Saidina Umar, "itulah kehidupan didunia, penuh ranjau dan duri yang kamu tidak nampak".

Saidina Umar menyambung lagi dengan bertanyakan soalan, "bagaimana kamu pada masaya yang seperti tadi tiba - tiba datang seorang bermata celik membawa memimpin kamu melalui jalan itu". Sahabat terus menjawab, "sudah tentu sangatlah mudah perjalanan kami". Lantas Saidina Umar menjawab, "Itulah yang disebut ALLAH dalam al Baqarah sbg firmanNya yang bermaksud Itulah Al Quran, kitab yang tidak ada keraguan sedikit pun padanya, menjadi penyuluh dan petunjuk bagi orang yang bertaqwa, iaitu orang yang beriman dengan perkara yang ghaib (yang dia tidak nampak)".

2.Pengertian Iman
Puasa telah mengajar erti Iman. Kalau ibadah lain orang akan nampak amalan kita. Solat, haji, zakat dan lain-lain, semuanya orang nampak. Namun puasa suatu ibadah yang orang tidak akan nampak dan tahu. Hanya ALLAH dan kita sahaja yang tahu. Itulah iman-meyakini perkara yang ghaib.

3. Amalan Sunnah Nabi
Adalah menjadi tuntutan Islam supaya kita sentiasa mengamalkan sunnah nabi. Selain bersalam dan mengucapkan selamat hari raya, lebih afdhal diiringi dengan ucapan "taqobbalallah minna waminkum-moga ALLAH menerima semua 'amal 'ibadah kalian dibulan Ramadhan", dan hendaklah dijawab "minna waminkum taqobbal ya kareem-moga ALLAH menerima 'amal 'ibadah kamu juga". Ini merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi sekita menyambut Eid Mubarak sewaktu hayatnya.

Isnin, 2009 Oktober 12

TOT Sehari bersama Shalat Centre.com

[Presentasi dari Shalat Center Indonesia]

[Bersama Bapak Ahmad Masrusi, Perunding Shalat Center, Indonesia]

Dalam Ramadhan 2009 yang lalu, saya telah diberikan kesempatan oleh Tn Haji Fadzli Yusof untuk mewakili Global Genius Consultant ke Kursus Smart Solat yang telah dianjurkan oleh Fauzul Azim Consultant Sdn Bhd dan Shalat Center dari Indonesia. Program ini dianjurkan untuk pengisian kepada wakil - wakil konsultan bagi Lembaga Zakat Selangor.

Dalam pertemuan ini, saya sempat bertaaruf bersama rakan - rakan konsultan disamping menambahkan pengetahuan tentang sifat kusyuk dalam solat. Pengisian program ini tidak lari jauh konsepnya seperti yang diperkenalkan oleh INTIS. Cumanya, dalam kesempatan ini saya mempelajari teknik terapi solat dan sainsnya. Presentasi yang memuaskan beserta praktikal yang meyakinkan tentang terapi solat membolehkan para peserta konsultan mengikuti program dengan cermat dan meyakinkan. Tahniah LZS dan Shalat Centre.

Isnin, 2009 September 21

Salam Kemenangan Fitrah!!!

Jumaat, 2009 September 18

Tazkirah Ramadhan Surau An Nur

Surau An Nur yang terletak di Bandar Saujana Puchong telah menjemput saya untuk memberikan sedikit pengisian rohaniah sempena sepuluh malam yang terakhir. Tazkirah disampaikan ketika selesai solat Isyak dan sebelum menyempurnakan solat Tarawikh. Tajuk yang diberikan adalah bebas tetapi disyaratkan pihak penganjur untuk menyentuh sedikit isu – isu semasa agar masyarakat lebih terbuka dan bebas pemikiran mereka.

Antara beberapa agenda penting yang telah saya sentuh secara ringkas ialah tentang pesanan yang dibawa oleh para ulama’ dan hukama’ tentang ramadhan. Pesanan mereka:

Jadilah kamu sebagai orang yang menyembah Allah dan bukanlah orang yang menyembah Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan mulia yang dilipat gandakan pahalanya oleh Allah. Ramadhan diberikan tafsiran oleh beberapa ulama’ secara harfiah.

Huruf Raa’
Huruf Raa’ bermaksud bulan yang penuh kerahmatan. Bulan ini akan diberikan ganjaran rahmat yang melimpah ruah. Allah tidak menjanjikan kerahmatan sebegitu banyak di bulan selain ramadhan. Antara rahmat yang Allah berikan ialah kelebihan Malam Lailatul Qadr yang disifatkan oleh Quran sebagai malam yang terbaik antara seribu bulan.

Huruf Mim
Mim membawa maksud Maghfirah. Maghfirah bermaksud keampunan. Dalam Ramadhan Allah menutup semua pintu neraka di samping membelengu dan mengikat syaitan sebagai tanda Allah membuka pintu keampunan kepada seluruh manusia.

Huruf Dhad
Huruf ini memberi lafaz dhiya’. Dalam bahasa arab dhiya bererti cahaya. Inilah yang dimaksudkan sebagai cahaya petunjuk. Apakah petunjuk yang Allah berikan dalam Ramadhan?Itulah Quran yang diturunkan pada malam Lailatul Qadr sebagai petunjuk kepada orang yang beriman.

Huruf Alif
Alifun merupakan singkatan kepada huruf Alif. Ia bermaksud jinak. Kita terus dapat mengerti bahawa Ramadhan melatih kita untuk berjinak-jinak. Bukanlah kita dituntut untuk berjinak-jinak dengan amalan keburukan tetapi kita dituntut untuk berjinak-jinak dalam isu mengejar kebaikan yang diberikan Allah.

Tidak hairanlah kalau kita lihat dalam bulan ibadah ini terutamanya 10 malam terakhir, ramai orang mula berjinak-jinak untuk beriktikaf di masjid, berkumpul di masjid untuk Qiamullail dan berjinak-jinak menghabiskan bacaan Quran walaupun tidak pernah mereka lakukan seumpamanya di bulan lain. Inilah madrasah dan university yang ingin melatih kita semua.

Huruf Nun
Singkatan kepada perkataan Nikmat ialah huruf Nun. Nikmat yang diberikan Allah dalam Ramadhan begitu banyak tidak terkira. Sehinggalah para ulama’ menggambarkan kalaulah dijadikan pohon-pohon sebagai mata pena dan seluruh lautan ditukarkan kepada dakwat, nescaya tak termampu kita untuk menulis nikmat Allah yang tidak terhingga.

Di sebalik keheningan Ramadhan, kita masih diberikan nikmat kesihatan dan kelapangan. Apa yang berlaku kepada mereka yang sakit, lumpuh dan terseksa dalam bulan Ramadhan? Inilah nikmat yang tuhan sedang bicarakan untuk melatih kita bersyukur dalam Ramadhan dengan menahan lapar dan nafsu.

Maka semua pihak yang menyedari tentang keberkatan bulan ini akan berlumba-lumba merebut pahala. Namun sesetengah di kalangan mereka menjadikan ibadah berlumba-lumba ini secara bermusim. Oleh itu, mereka seakan – akan menjadikan hanya Ramadhan sahaja sebagai bulan ibadah tetapi tidak di bulan lain. Tindakan itu seakan-akan melambangkan bahawa mereka menyembah Ramadhan dan bukan menyembah Allah yang maha berkuasa.

Tetapkan niat kita untuk menjadikan Ramadhan sebagai Universiti untuk kita kekal bergraduat sebagai Graduan Takwa. I’allah!!!!

Sabtu, 2009 September 05

Ramadhan Menjelma Lagi Bersama SUKSIS USIM

[Ketika berkongsi peringatan di Dewan Fakulti Syariah dan Undang - Undang]

Pada dua minggu yang lalu, saya telah dijemput oleh Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (SUKSIS) USIM untuk berkongsi sedikit pengisian berkaitan Ramadhan. Kehadiran seramai hampir 170 orang anggota mengingatkan kembali nostalgia saya di bangku universiti ketika bersama-sama dalam pasukan beruniform ini. Saya turut teruja apabila di akhir perkongsian saya,Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin bin Dollah selaku Komandan Kor SUKSIS USIM merangkap Timbalan Naib Canselor USIM sudi untuk menyampaikan cenderahati dari USIM kepada saya.

Tajuk yang diberikan kepada saya pun agak menarik iaitu Ramadhan Kembali Lagi. Mari kita imbas bersama sepotong hadis yang sahih dan mashyur tentang Ramadhan yang telah kita aplikasikan dalam kehidupan kita. Mafhumnya:

"Di awalnya Rahmah, di pertengahannya Maghfirah dan di akhirnya Pembebasan Api Neraka."


Hadis ini jelas menunjukkan bahawa di bulan Ramadhan Allah telah membahagikan kelebihannya-kelebihannya melalui tiga fasa atau tiga zon.

Fasa Pertama: Rahmat

Anda pasti akan terkejut bahawa inilah satu-satunya bulan yang diberikan Rahmah. Allah bersumpah dan berjanji akan dikurniakan segala kelebihan dan rahmah di dalam bulan Ramadhan terutama fasa yang pertama ini.

Maknanya di bulan lain Allah tidaklah sehingga bersumpah dan berjanji seperti ini di bulan Ramadhan. Inilah kelebihan bulan Ramadhan yang tiada di bulan lain. Sepertimana yang terdapat dalam mafhum hadis Sahih:

Sesungguhnya telah terbuka 7 pintu syurga, ditutup 7 pintu neraka, para syaitan diikat dan dibelengu. Barangsiapa yang tidak mendapatkan rahmat Allah maka sesungguhnya dia pada hakikatnya tidak mendapat rahmat Allah.

Peringatan ini jelas kepada kita bahawa tuntutan yang berada di bulan Ramadhan ialah untuk mendapatkan rahmat Allah agar kita menjadi hamba yang bertakwa.

Fasa Kedua: Maghfirah Allah

Adalah digalakkan apabila berada dalam sepuluh hari di pertengahan Ramadhan disunatkkan utk kita terus memohon keampunan Allah. Inilah yang dimaksudkan sebagai Maghfirah. Kita disunatkan agar banyak beriktikaf di masjid memohon keampunan Allah dan dalam masa yang sama kita mengimarahkan masjid dengan membaca Al Quran. Allah berfirman dalam surah At Taubah:

Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk.

Oleh itu, orang yang beriman ialah mereka yang mengimarahkan masjid. Keimanan mereka akan bertambah apabila mereka mengimarahkannya di bulan yang mulia ini dengan tujuan memohon keampunan Allah.

Fasa Ketiga: Pembebasan Api Neraka

Adakah anda mengetahui bahawa anda layak memasuki syurga Allah? Ataupun anda berani menjamin diri anda tidak masuk ke neraka?Marilah sama2 kita imarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini agar diberikan jaminan Allah utk terlepas dari seksaan api neraka. Setelah kita melalui dua fasa terawal, inilah janji yang paling besar yang akan Allah berikan kepada hambanya yang bersyukur.

Allah berfirman di dalam surah Ibrahim yang membuktikan bahawa neraka itu suatu tempat yang padanya azab yang pedih. FirmanNya:

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Itulah janji Tuhan pada mereka yang tidak bersyukur. Oleh itu, bulan Ramadhan ialah bulan yang terbaik untuk bersyukur, di samping untuk mengelakkan diri kita dari terjerumus dalam Neraka. Inilah sebenar2 janji dari Allah.

Marilah sama2 kita berdoa agar Allah menetapkan keimanan dan ketakwaan kita. Kita juga berdoa agarAllah memberikan peluang untuk kita bertemu Ramadhan yang akan datang dan bukanlah ini menjadi Ramadhan terakhir kita. Tahniah saya ucapkan kepada SUKSIS USIM kerana berjaya mengimarahkan Ramadhan dengan menganjurkan Kuliah Ramadhan setiap minggu bagi menggantikan kawad latihan sempena menghormati bulan Ramadhan. Semoga bertemu lagi di ruangan nanti.

Isnin, 2009 Ogos 31

Salam Kemerdekaan!!


Khas buat semua para pelajar, rakyat, warga FaceBook, bloggers, dan semuanya dengan ucapan hayatilah kemerdekaan yang sebenar. Bebaskan diri anda dari segala Keburukan dan Kebathilan. Salam Kemerdekaan.

Ahad, 2009 Ogos 30

Takziah utk Keluarga Arwah Senator Dr Ismail Salleh

[Tinggal kenangan-Cebisan foto saya bersama Arwah di SUHAKAM]

Sekalung takziah saya ucapkan buat keluarga Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh atas kehilangannya. Dr Ismail meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini. Dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besar Singapura.

Soalan saya yang berkisar tentang relevansi AUKU terjawab apabila Arwah Dr Ismail Salleh menuntut kerajaan supaya menyemak dan meminda AUKU yang baginya sudah tidak relevan pada masa kini.

Allahyarham mencipta sejarah sebagai senator pertama yang dilantik daripada kalangan OKU yang cacat penglihatan di Malaysia. Beliau juga bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa. Dr Ismail juga Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech yang diasasnya. Semasa hayatnya pernah mendapat anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Terkenang kembali peristiwa ketika saya sempat mengikuti Hari Hak Asasi Manusia Malaysia yang dianjurkan oleh SUHAKAM pada tahun 2005, saya sempat bergambar sebagai tanda kenang-kenangan bersamanya. Saya juga sempat berkongsi pendapat apabila saya mengajukan persoalan kepadanya dalam majlis tersebut ketika sesi beliau berlangsung di sana. Soalan saya yang berkisar tentang relevansi AUKU terjawab apabila arwah menuntut kerajaan supaya menyemak dan meminda AUKU yang baginya sudah tidak relevan pada masa kini. Ini jelas menunjukkan bahawa arwah merupakan seorang tokoh yang tiada tolak bandingnya apabila berani bersuara di atas posisi dan jawatan yang disandangnya.

Al Fatihah buat Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh.

Rabu, 2009 Ogos 26

Ramadhan Kehadiranmu Dinanti, Kelebihanmu Dicari

[Ketika berkongsi bersama para pelajar]

Pada Jumaat yang lepas, saya telah dijemput untuk berkongsi sedikit pengetahuan tentang Kelebihan dan Kehebatan Ramadhan. Ketika itu kita belum lagi berpuasa dan bakal menempuhinya pada keesokkan hari. Saya sempat berkongsi selama satu jam setengah bersama para pelajar Tingkatan 1-Tingkatan 3 Sekolah Menengah Islam ABIM di Kajang.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa di bulan Ramadhan terkandung beberapa sejarah hebat antaranya ialah beberapa peperangan yang telah menjanjikan kemenangan kepada Islam. Proses peperangan yang berlaku ketika di bulan ramadhan boleh kita namakan sebagai proses pentarbiyahan nabi kepada para sahabat.

[Barisan Kepimpinan Putra SMI ABIM]

[Para pelajar Putri SMI ABIM]

Peperangan Badar
Pentarbiyyahan Ramadhan di zaman rasulullah membuktikan kepada kita semua bahawa kita sebagai para pelajar mampu berdaya saing walaupun masih menahan lapar dan dahaga. Kita semua sedar peristiwa peperangan Badar Kubra (Ghazzwah Badr) berlaku dalam 17 Ramadhan pada tahun ke 2 hijrah. Inilah juga tahun sesudah pensyariatan ibadah puasa yang menjadi medan tarbiyyah kepada semua umat di zaman itu. Ini merupakan peperangan yang kelima yang telah sempat rasulullah ikuti.

Ketika peperangan ini, telah dinyatakan bahawa tentera Islam hanya seramai 31 orang yang hanya mempunyai dua ekor kuda dan disertai tujuh puluh ekor unta. Tentera Islam terpaksa berhadapan dengan pihak Musyrikin Mekah seramai seribu orang dengan lebih dua ratus ekor kuda tunggangan mereka. walaupun tentera musuh seramai seribu orang, sejarah telah mencatatkan bahawa tentera Islam tetap Berjaya dalam peperangan ini ketika dalam bulan Ramadhan.

Peperangan Pembukaan Kota Mekah
Begitu juga peristiwa yang berlaku dalam peperangan pembukaan Kota Mekkah (Fath Mekah). Peperangan ini turut berlaku dalam bulan Ramadhan pada tahun ke-8 Hijrah. Namun kekuatan tentera Islam bertambah sehingga mencecah seramai sepuluh ribu orang. Dalam peperangan ini hanya dua orang tentera Islam yang syahid. Itulah sejarah yang membuktikan betapa hebatnya tarbiyyah Ramadhan kepada umat Islam di zaman nabi kita.

Proses Kejayaan Pelajar
Ini bermaksud proses madrasah ramadhan mengajar kita erti positif. Walaupun kita diduga dengan lapar dan dahaga namun kekuatan mental kita untuk bersifat positif mampu memberikan motivasi kepada kita. Jadikan sejarah kehebatan rasul bersama para sahabat di bulan ramadhan sebagai motivasi diri kita. Kalau mereka sanggup berperang ketika berpuasa, mengayunkan pedang di tubuh musuh masih tetap kekal menang, apatah lagi kita yang hanya berjuang melalui mata pena dalam peperiksaan. Teruskan berusaha kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang menjanjikan seribu satu kejayaan. Jadikan Kejayaan nabi sebagai contoh kejayaan kita dalam peperiksaan walaupun kita masih berpuasa. Pesanan ini khas kepada mereka yang bakal menduduki UPSR.

[Tanda Kenang-kenangan dari pihak USIM]

Seorang pelajar yang mendapat keputusan SPM paling cemerlang di Malaysia tahun lalu yang bersekolah di SMKA Yan, Kedah menyatakan bahawa antara rahsia kejayaannya ialah beliau kerap berpuasa.Benarlah mafhum hadis yang menyebut apabila kita berpuasa maka akan diberikan ketajaman akal.

Apa lagi yang ditunggu kerana inilah bulan yang dijanjikan rahmat dan pertolongan Allah. Kepada para pelajar yang bakal menempuh peperiksaan, banyakkan berdoa di bulan ini, bangun solat malam kerana inilah bulan makbulnya doa kita. Salam Ramadhan buat semua.

Jumaat, 2009 Ogos 21

Selamat Menjalani Madrasah Ramadhan 2009!!!

Khas diucapkan buat semua keluarga, blogger, rakan-rakan dan para pelajar. Kehadiranmu Dinanti, Pemergianmu Ditangisi. Semoga kita menambah ganjaran dan ibadat dalam bulan yang mulia ini. Salam Ramadhan. Ramadhan Kareem!!

Rabu, 2009 Ogos 19

Salam Percubaan SPM!!!

Selamat Menjalani Peperiksaan Percubaan SPM kepada semua pelajar khasnya kepada para pelajar pernah mengikuti kursus motivasi bersama saya melalui RK Training dan Global Genius Consultant. Semoga diberikan kemudahan untuk menjawab peperiksaan.

Selasa, 2009 Ogos 18

Motivasi Kecemerlangan Islam SRI Az Zahraa

[Potensi Diri membantu kita BERJAYA]

Saya sekali lagi berkesempatan membantu para pelajar SRI Az Zahraa dalam program kali ini iaitu Motivasi Kecemerlangan Islam. Program kali ini memuatkan pelajar dari Tahun 1 sehingga tahun 6. Tahniah saya ucapkan pada pihak sekolah kerana berani menganjurkan program kali ini demi kejayaan pelajar mereka. Jom kita kongsi bersama beberapa tips kejayaan.

Nilai Diri

Setiap manusia yang lahir ke dunia ini, mereka lahir atas nama fitrah. Benarlah sebuah hadis yang mafhumnya, "Sesungguhnya manusia lahir dalam fitrah Islam. Ibu dan bapalah yang akan mencorakkan sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi." Melalui hadis ini kita mendapatinya jelas bahawa kita dilahirkan dengan fitrah yang sama, nilai dan potensi yang sama. Maka kecemerlangan ini di bina melalui potensi diri. Potensi diri atau nilai diri perlu digilap dari masa ke semasa. Oleh itu penting untuk kit mengenal potensi kita.

Hidup Tanpa Haluan
Manusia yang tidak berjaya dalam kehidupan mereka ialah manusia yang tidak kenal potensi mereka. Mereka mudah goyah dan terumbang ambing dalam kehidupan mereka. Mereka tidak cuba melakukan explorasi diri mereka. Akhirnya, kehidupan mereka berakhir dengan najis dadah, hidu gam, merokok dan sebagainya. Benarlah kata Pujangga Mazmur, "Carilah hati sendiri dengan segala ketekunan sebab darinya mengalir semua kehidupan." Kalau benar kita mahu berjaya dengan kehidupan yang stabil kita perlu menggilap potensi diri.

Kekalkan Mental Positif
Potensi yang ada perlu digilap. Cara gilapannya ialah menerusi sikap mental positif (Positif Mental Attitude). Kita perlu bersikap positif dalam semua perkara terutama terhadap potensi kita. Ramai yang pada mulanya tidak percaya terhadap potensi diri maka mereka mula berputus asa dan berpatah arah. Oleh itu, sikap positif perlu dibina melalui persepsi kendiri untuk menggilap potensi. Persepsi Positif dibina menentukan cara kita melihat dan apabila kita melihat ia akan menentukan cara kita bertindak.

Ini telah memandu kita untuk melihat Teori Pygmalion tentang persepsi dalaman kita. Oleh itu menerusi kajian ini, kita dapat menyedari bahawa kita mesti memerhati lensa yang kita gunakan untuk melihat dunia di samping melihat dunia itu sendiri. Lensa itulah asas binaannya ialah persepsi positif. Persepsi positif dapat mengekal momentum kejayaan kita. Salam Kecemerlangan.

[Kejayaan hak kami..Adik2 pelajar SRI AZ Zahraa]

[Pelajar2 puteri yang comel]

Ahad, 2009 Ogos 16

Jom Survey Kereta!!!

[Ketika dalam bahagian pemanduan Ferrari]

[Kereta yang saya 'order' untuk minggu depan jejak di bumi Gombak]

Hari Jumaat yang lepas, ketika keluarga saya baru tiba dari Kedah, ayah saya mengajak untuk mengunjungi saudara saya yang merupakan ahli perniagaan di Damansara Utama. Sewaktu saya bersekolah di Maktab Mahmud dulu saya begitu rapat dengan keluarganya. Ketika itu, beliau menguasai perniagaan karpet di negeri Kedah.

Kini beliau melebarkan pengaruh melalui perniagaan automobil. Saya berpeluang menyaksikan puluhan kereta mewah tersusun di kedainya. Kalau anda mempunya keinginan untuk memiliki sebuah kereta mewah bolehlah bersua dengannya di LX Mode di Plaza Damansara Utama. Ketika ini, hasil jualan keretanya sudah berjaya meliputi personaliti, menteri dan orang kenamaan.

Saya sempat berbual panjang dengannya tentang Ferrari F430. Sebuah kereta dengan kuasa CC3500. Kelajuannya 100mph dalam 7.5 saat. Hebat bukan?Tetapi untuk memilikinya anda memerlukan duit hampir satu juta ringgit (RM1M). Semasa saya datang melihat2 kereta di sekililing, sepupu saya iaitu Dato' Haji Zaharudin, bertanya,"Nak kereta mana?." Saya pun tanpa segan silu terus menunjuk kereta Ferrari. Apa yang mengejutkan ialah beliau terus memanggil 'Salesman' dengan katanya, "Ambil kuci kereta dan hidupkan kereta untuk Hafiz."

Subhanallah! Itulah kalimah yang keluar apabila kereta itu dihidupkan dengan menekan butang 'Engine Start'. Kalau kereta biasa kita selalu menghidupkan dengan memulaskan kuncinya tetapi kereta Ferrari hanya dengan menekan butang. Kereta itu tiada pedal untuk menukar transmisi gear tetapi dengan mengguna transmisi gear pada stereng sahaja. Sungguh Menakjubkan!

Perkara yang menarik untuk dikongsi ialah bagaimana beliau berjaya dalam kehidupannya. Apabila saya bertanyakan satu soalan mudah padanya iaitu: Apakah kepercayaannya dalam kejayaan di bidangnya kini?Jawapannya pun mudah iaitu apabila kita ingin menjadi ahli perniagaan berjaya, kita perlu menguasai dulu apa itu perniagaan. Kefahamannya mudah iaitu, anda perlu mempunyai ILMU dan PENGALAMAN dalam suatu bidang. Kalau anda sudah punyai kedua struktur utama ini, I'allah anda akan berjaya di setiap lapangan.

[Enjin Ferrari di belakang bonetnya]

[Stereng Ferrari F430 yang sempat saya pegang dan hidupkannya]

[Bersama isteri dalam Ferrari f430, di sebelahnya Bentley 6000CC, kereta salun palu laju di dunia]

Jumaat, 2009 Ogos 14

Pergi Tak Kembali!!!


ALFATIHAH buat Al Fadhil Ustaz Asri Ibrahim yang lebih dikenali " Asri Rabbani' ketua kumpulan nasyid popular Rabbani yang sudah tiada. Beliau meninggal dunia pada jam 11 pagi semalam (Khamis) di Hosapital Pantai Kuala Lumpur. Beliau dipercayai diserang sakit jantung. Sebelum itu Allahyarham rebah semasa dalam satu sidang akhbar di RTM. Ustaz Asri, 40, berasal dari Klang, Selangor meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. Takziah buat semua keluarga Arwah Ustaz Asri.

Rabu, 2009 Ogos 12

Sehari bersama PRS di SMK Hillcrest

Tn Hj Ahmad Fadzli Yusof telah dijemput untuk membicarakan idea bagaimana untuk menjadi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang berkesan. Maka beliau telah berkongsi para pelajar bahawa PRS akan menjadi hebat sekiranya para pelajar menerapkan konsep Super PRS . Saya berkesempatan menemani Tn Hj Ahmad Fadzli untuk membantu beliau berkongsi ideanya bersama para pelajar.

Dua tips yang sempat dikongsi bersama para pelajar iaitu:
Teknik Detektif dan Teknik ProAktif.

1)Teknik Detektif
Untuk menjadi Super PRS para pelajar perlu bijak untuk mengesan rakan - rakan di sekeliling mereka. Mereka perlu bijak memahami bahasa badan, tingkah laku, mimik muka dan intonasi suara sebelum mereka menyelami perasaan mereka. Itulah hakikat sebenar untuk menjadi Super PRS. Teknik ini perlu diaplikasi terlebih dahulu.

2)Teknik Proaktif
Apabila PRS sudah memahami pelajar - pelajar ini, maka suatu pendekatan perlu dilakukan. Tindakan yang bakal diambil perlu lebih bijak dan kreativiti dalam memahami suasana dan 'mood' pelajar. Maka PRS perlu lebih Proaktif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pelajar.

Walaupun perkongsian hanya sehari banyak perkara telah kita pelajari bersama. Namun masih lagi banyak lagi idea yang dapat dikongsi pada masa akan datang. Selamat Membimbing Rakan Sebaya!!

[Tuan Fadzli sedang berkongsi bersama para pelajar]

[Menyelami suasana dalam Teknik Mendengar]

[Antara peserta PRS Tahap Dua utk 2009]

Isnin, 2009 Ogos 10

Mari Tunaikan Solat di SRI Az Zahraa

Baru - baru ini saya memenuhi jemputan dari para pelajar tahun tiga Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Dakwah (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk projek mereka dalam Dakwah Komuniti. Projek ini berjaya diadakan di Sekolah Rendah Islam Az Zahraa untuk para pelajar Darjah Empat tentang Kursus Solat. Tajuk yang diberikan cukup menarik iaitu Mari Tunaikan Solat.

Saya telah berkongsi bersama para pelajar tentang Tujuan Asal Kejadian Manusia.

1.Khalifah
Manusia telah dilahirkan dalam fitrah. Fitrah manusia seperti yang dijanjikan Allah ialah bertugas sebagai khalifah. Khalifah membawa maksud sebagai pemimpin. Pemimpin tidak hanya tertumpu kepada pemimpi politik 'perse' tetapi termasuk sebagai pemimpin keluarga, masyarakat, syarikat, organisasi, rakyat, dunia dan sebagainya. Oleh itu, setiap dari kita punya sifat kepimpinan dan ia perlu diterjemahkan dengan baik.

2.Abid
Ia membawa maksud bahawa kita juga dikehendaki mengimarahkan dunia fana' ini dengan BERIBADAH. ABid membawa maksud Ahli Ibadah yang takut kepada Allah dan sentiasa mengingatinya. Ibadah kemudiannya boleh difahami dengan Ibadah Sunat dan Ibadah Wajib. Solat merupakan antara cabang Ibadah Wajib yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim.

[Ini sapa punya...]

[Seribu Wajah Kejayaan]

Perjalanan hidup Khalifah dan Abid dimulai dengan beberapa fasa:
1. Alam Roh
2.Alam Rahim
3.Alam Dunia
4.Alam Barzakh
5.Alam Masyhar

Apabila kita tidak menunaikan tuntutan solat iaitu sehari lima kali maka kita pasti menghadapi masalah untuk melalui fasa - fasa ini. Jom kita renungkan kata - kata Imam Al Ghazali, Cara manusia dibangkitkan dan dimatikan ditentukan dengan Cara Manusia Hidup. Oleh itu, penuhi kehidupan kita dengan Tuntutan Ibadat iaitu Solat Lima Waktu.

[Para pelajar yang tidak malu - malu untuk mengetahui Kepentingan Solat]

[Siapa yang nak masuk Surga?]

Rabu, 2009 Ogos 05

Global Genius Consultant bersama AZAS kali ke-3 di Impian Rimba Resort (31/7-2/8/09)

Ini merupakan kali ketiga Global Genius Consultant diberi kepercayaan oleh LZS utk membantu para peserta yang terdiri dari ASNAF Lembaga Zakat Selangor. Para pelajar ini merupakan peserta terpilih dari kawasan Gombak, Selayang, Batu Caves dan juga Sg Buloh.

Pertemuan kali ini menampilkan Tuan Amin Idris untuk membantu dan berkongsi kejayaan bersama para pelajar. Namun di sebalik penampilan ini, Tuan Amin juga menyetuh perihal pengorbanan IBU BAPA terhadap para pelajar.

Sentuhan yang diberikan telah meruntun jiwa para pelajar, apabila mereka mula sedar bahawa Kejayaan memerlukan kepada PENGORBANAN. Hadiahkan KEJAYAAN kepada IBU BAPA ANDA dengan sekalung pengorbanan pelajaran. Selamat Belajar!!!


[Senaman ala2 Polis Korea]

[Tuan Fadzli Yusof berkongsi idea]

[Modul Kembang Kuncup dari peserta wanita]

[Peserta lelaki juga tidak mahu berputus asa]

[Sapa antara mereka yang punya kekuatan???]

[Izat Amin sebagai fasilitator GGC]

[Tuan Amin Idris berkongsi kejayaan]

[Jom kita kenal dengan lebih dekat lagi]

Khamis, 2009 Julai 30

GGC-AZAS Ke-2 di Impian Rimba Resort

Kalau minggu sebelum itu Kursus Pintar Belajar SPM GGC-AZAS telah berjaya dilaksanakan di Pusat Latihan Zakat (PULAZ), tetapi kini AZAS selaku anak syarikat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mengambil inisiatif utk menjayakan program ini di Impian Rimba Resort di Hulu Langat pada 24-26 Julai 2009.

Program ini berlangsung dengan begitu harmoni ditambah lagi dengan para pelajar yang begitu ceria dan bersemangat untuk melakukan perubahan. Seperti biasa para peserta terdiri daripada para pelajar SPM yang terdiri dari pelajar Serendah, Rawang, Kuala Kubu dan Batang Kali.

Saya sempat diberikan amanah oleh Tn Hj Fadzli Yusof untuk berkongsi para peserta Teknik Mengingat yang merupakan idea asal dari Tn Hj Fadzli sendiri. Teknik ini merupakan satu strategi kepada para pelajar agar lebih seronok lagi untuk belajar. Selain itu, sungguh seronok dan selesa sekali apabila saya dapat bekerjasama bersama fasilitator yang mantap dan 'Terbaik seperti Hariri dan Zukhairi. Terima kasih juga fasilitator wanita baru GGC Pn Siti Nabilah Sulaiman atas bantuan sepanjang program.

Namun kelainan program kali ini ialah slot Apresiasi Malam yang kami berjaya kendalikan pada jam 12.30 pagi apabila para pelajar ditutup mata dan dibawa utk 'Night Walk'. Slot ini memberikan kita seribu keinsafan apabila kita mula menyedari betapa pentingnya nikmat matadan segala nikmat yang dikurniakan tuhan. Kalaulah kita hilang nikmat2 tersebut kemana kita nak berharap.

Yang terbaik, saya percaya dan yakin para pelajar mampu untuk melakukan yang utk keluarga dan ummah. Teruskan berusaha mencari identiti diri dengan membina IMPIAN dan MATLAMAT. Jangan biarkan kita masih terkongkong dengan bantuan dan tidak berani utk berubah.

[Team Fasilitator dinamik dari GGC]

[Ketika berkongsi dengan para peserta Teknik Mengingat]

[Ketika sesi pembentangan nama kumpulan]

[Keriangan para peserta dapat diterjemahkan dengan wajah mereka]

[Siapalah kita bila nikmat ditarik???]

Rabu, 2009 Julai 29

Selamat Hari Lahir Buat Isteri dan Mak tersayang!!!

Rohani Bt Bakar (27 Julai 1960)
Semalam genaplah ibuku berusia 49 tahun (1960-2009). Setelah sekian lama mendidikku bermula di saat 30 Julai 1984, sehingga kini. Bagi saya tiada yang lebih istimewa selain ibu saya. Begitu komited menjaga dan mendidik saya. Mendampingi ketika susah dan perit. Melayani karenah nakal dan buasku ketika di usia kanak-kanak, remaja dan dewasa. Terima kasih Mak! Tidakkan kulupakan segala jasamu. Semoga dipanjangkan umur, dibarakahi rezeki yang halal dan dipayungi rahmat Ilahi.



Siti Nabilah bt Sulaiman (24 Julai 1987)
Buat isteri tercinta yang masih lagi menuntut di UIAM. Selamat Hari Lahir. Setia menanti dan bersabar atas karenah rutin harianku. Terima kasih kerena menjadi isteri solehah dan paling memahami. Semoga diberikan kejayaan dalam pengajian dan dikurniakan zuriat yang sejahtera. I'allah.

Sabtu, 2009 Julai 25

Ceramah 'Siapa Aku?' di PERNIM, Cheras

PERNIM adalah ringkasan kepada Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia yang ditubuhkan pada 17 Mac 2004. Persatuan ini merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin turut serta membantu kerajaan negara ini memikul tanggungjawab dalam membela nasib anak-anak pesakit HIV/AIDS terutama kepada kanak-kanak yang terbiar dan ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat AIDS dan tiada waris yang mahu bertanggungjawab apabila mengetahui anak yang bakal mereka pelihara pembawa HIV positif.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui persatuan kolej kediamannya mengambil inisiatif bagi mendampingi kanak - kanak yang tidak bernasib baik ini. Program yang berlangsung selama satu hari untuk mengenali anak - anak ini dengan lebih dekat lagi memberikan seribu satu makna.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sdr Hariri kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Siapa AKu?. Bagi saya kanak - kanak ini memerlukan harapan yang besar kepada mereka. Siapa lagi kalau bukan kita yang bakal menemani mereka.

Pada mula kedatangan, saya begitu terkejut apabila 'audiens' saya rata2nya dan majoritinya kanak - kanak yang berusia enam tahun. Sudah pasti pendekatan bercerita akan memudahkan kefahaman mereka tentang siapakah mereka.

Saya telah berkongsi dan menyatakan bahawa sebagai manusia kita dibebani dengan DUA TUGAS iaitu sebagai Khalifah dan sebagai Abid (Ahli Ibadah). Kedua2nya memerlukan keseimbangan dalam kehidupan. Kehidupan ini akan berterusan bermula dari Alam Ruh kepada Alam Rahim. Kemudiannya manusia lahir ke Alam Dunia dan bakal menyusul ke Alam Barzakh. Apabila tiba di alam itu, mereka menanti utk ke Alam MAsyar yang akan menentukan Syurga dan Neraka.

Mari kita renungkan kembali pesanan Imam Ghazali yang berbunyi, "Cara manusia hidup akan menentukan cara manusia mati. Manakala cara manusia mati akan menentukan cara mereka dibangkitkan sama ada ke Syurga atau ke neraka." Jadi segala-galanya bermula dengan Misi Hidup. Oleh itu, adik2 yang saya kasihi sekalian, walau tragis dan malang macam manapun kehidupan kita MISI HIDUP diperlukan untuk 'survival' masa hadapan.


[Bersama dengan adik2 peserta dan komiti program]

[kakak yang sedia melayani telatah adik2]

[Manusia ada berapa jari suma?Namakan...]

[Siapa nak BERJAYA angkat tangan]

Khamis, 2009 Julai 23

Program GGC bersama Akademi Zakat Selangor (AZAS)

Pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada semua Peserta Kursus Hijrah Ilmu:Kem Pintar Belajar yang telah berjaya dijalankan dengan jayanya di Wisma MAIS Shah Alam. Peserta yang terdiri dari para pelajar sekitar Gombak dan Sg Buloh merupaka mereka yang menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di bawah skim ASNAF.

Program yang berlangsung selama 3 Hari 2 Malam menuntut kepada kesabaran dan ketahanan mental untuk berjauhan bersama keluarga tersayang. Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah buat Abg2 Fasilitator Zukhairi dan Hariri yang berada sepanjang program itu.

Buat adik2 peserta, saya memohon kemaafan kerana tidak berkesempatan untuk menghabiskan program sehingga tamat kerana terpaksa mengahadiri kelas Master di bumi UIA Gombak. Kepada para pelajar Lembah Klang yang lain, semoga kita bertemu pada program GGC bersama AZAS akan datang.


*Gambar ihsan dari
http://www.hariridaud.com/

[Sdr Akram merupakan peserta terbaik keseluruhan Program]

[Tn Hj Ahmad Fadzli Yusof dalam ceramahnya]

Selasa, 2009 Julai 21

Kursus Motivasi Ke-2 di Sek Men Keb Bedong Kedah [29 Mei 2009]

Kursus Motivasi ini telah berjalan jayanya dengan kerjasama dari pihak pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong Kedah. Sebenarnya entry ini sepatutnya telah saya terbitkan dengan lebih awal. Namun disebabkan program ini berjalan dua hari sebelum majlis pernikahan saya [31Mei 2009] maka kesibukan selepas program untuk terus menumpukan persiapan kenduri menyebabkan proses mengemaskini mengambil masa.

Pada malam itu, saya telah diberikan kepercayaan pihak sekolah untuk membantu para pelajar SPM dan PMR yang terdiri daripada pelajar putri SMKB . Seperti biasa, saya menekankan konsep bahawa setiap kita memerlukan Matlamat hidup yang jelas. Sekiranya matlamat yang ingin dibina itu tidak jelas maka tujuan hidup dan pelajaran kita akan menjadi kabur.

Saya teruskan dengan menyatakan bahawa setelah kita berjaya membina matlamat, kita perlu Fokus dengan matlamat kita. Kalaulah kita bijak membina matlamat tetapi gagal untuk membuahkan fokus maka matlamat kita akan dianggap sebagai angan - angan.

Kepada para pelajar SMKB, saya doakan yang terbaik buat anda. Selamat Belajar!!!

[Malam yang menjanjikan seribu kejayaan]

[Jom kita membina matlamat hidup]

[Semua manusia dilahirkan dengan potensi dan bakat yang sama]

[Wajah2 para pelajar putri yang bersemangat utk lakukan perubahan]

Isnin, 2009 Julai 20

News Update!!!


Salam,

Hi & Apa khabar kepada semua pembaca budiman dan bloggers?

Ribuan kemaafan dipinta kepada anda atas kesulitan untuk mengemaskini blog ini.

Alhamdulillah, kesulitan yang dihadapi kini telah berjaya diatasi dan laman ini akan dikemaskini dari masa ke semasa dengan segala tips dan info seperti biasa.

Selamat Melayari!!!

Isnin, 2009 Julai 06

Raptai & Majlis Pentaulihan Inspektor Sukarelawan

[Bersama isteri ketika menemani majlis Konvokesyen SUKSIS IPTA]

[rakan – rakan yang setia bersama sijil masing]

[bersama anak saudara-Aufa dan Sarah]

[bersama Jurulatih- Sarjan Lukman Maarof]

Alhamdullilah, akhirnya penantian selama tiga tahun membuahkan hasilnya. Kini saya telah Berjaya ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Polis. Dari nombor badan bermula KS dengan ini bertukar menjadi I/SP. Raptai selama tiga hari bagaikan dirasai sebulan.
Apatah lagi apabila berjauhan dengan isteri tercinta selepas baru sahaja berkahwin. Ini semua saya ambilnya sebagai satu cubaan dan ujian yang besar dari tuhan
.
Latihan (Training Tamat Latihan)
Sebenarnya, latihan untuk majlis Tamat Latihan ini bermula hamper lima minggu. Ia bermula semenjak sebelum saya berkahwin sehinggalah selepas pernikahan saya. Namun atas budi bicara dari Jurulatih, saya diberikan pelepasan untuk berkahwin bagi menyempurnakan agama saya. Kata mereka, agama lebih penting dari Training. Terima kasih En Ramli dan En Lukman (Sarjan Jurulatih UIAM). Jadi, saya hanya berkesempatan mengikuti latihan seminggu sahaja iaitu seminggu selepas kenduri saya.

Raptai Penuh dan Perbarisan Tamat Latihan
Rehearsal atau raptai adalah satu lagi bala ke atas kami. Ia merupakan satu asas ujian untuk semua pelatih merasai ‘mentally and physically tortured.’ Memang best sebab kami semua terpaksa melaluinya sebelum perbarisan sebenar. Dari jam 7.00am hinggalah tamat 9.30am. kalau sebelum raptai, latihan selalunya dari awal pagi sampai kul12.00pm. Then petang pun masih lagi ada sampai asar.

Yang penting, ketahanan diri dan mental. Jangan mudah mengaku kalah apabila berhadapan dengan masalah. Itulah semangat motivasi tinggi untuk saya. Memang secara peribadi, saya tak mampu untuk bertahan dalam perbarisan itu. Perbarisan yang memerlukan tindakan kawad kaki PERLAHAN JALAN DAN CEPAT JALAN memerlukan kepada kepekaan kita berkawad mengikut bit. Bit merupakan paluan gendang dari Band PDRM. Mungkin frasa ini hanya dapat difahami oleh anggota polis di Negara kita yang pernah melalui perbarisan tamat latihan. Yang paling mustahak, waktu perbarisan itu, kami telah disaksikan oleh Yg Dihormati, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa bin Tan Sri Hassan.

Majlis Penyampaian Sijil
Selepas tamat sudah perbarisan, kami diarahkan pula untuk masuk ke Dewan Konvokesyen UPM. Di sana kami akan terima menghadap ‘Guest of Honour’ iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan. Beliau akan menyampaikan sijil pentauliahan sebagai Inspektor Sukarelawan. Kemudian beliau juga sudi untuk bergambar dengan semua Inspektor Sukarelawan dari setiap kampus. Terima kasih Tan Sri atas kesudian bersama kami.

Pengalaman bersama SUKSIS ketika di kampus akan saya kekalkan dan memori ini untuk disampaikan kepada anak cucu pada masa akan datang.

Sabtu, 2009 Jun 20

Majlis Pentauliahan Inspektor Polis Sukarelawan


Pertamanya saya ingin memohon ribuan kemaafaan kepada semua pembaca budiman yang sentiasa menantikan entry terbaru dari saya. Kesibukan melalui latihan untuk ditauliahkan sebagai Inspektor Polis dengan jadual waktu yang ketat dan disempitkan lagi dengan kesusahan untuk mendapatkan wifi menyebabkan kesukaran untuk mengemaskini blog ini.

Saya menjemput kepada semua bloggers untuk turut serta bersama saya dalam Majlis Pentauliahan Inspektor Polis Sukarelawan. Berikut butiran program:

Hari: Ahad
Jam:7.15am-9.30am
Tarikh: 21 Jun 2009
Tempat: Padang Kawad Universiti Putra Malaysia (UPM) berhadapan Kolej Canselor

I'allah pada hari itu, saya akan ditauliahkan sebagai Inspektor Polis Sukarelawan setelah melalui latihan selama tiga tahun. RTM juga akan membuat lintas langsung pada hari esok. TV1 akan ke udara bermula jam 7am dan saya akan berada dalam barisan atau Detachment 2.

Doakan kemudahan kami semua. Salam Mesra.




Jumaat, 2009 Jun 12

Wedding Day!!!


Kepada Rakan - rakan pembaca blog yang ingin mengikuti Hari Pernikahan saya bleh terus layarkan 'cursor' anda pada link di bawah :

http://hafiz-nabilah.blogspot.com/

Jumaat, 2009 Mei 29

Jemputan Pernikahan Hafizbad & Nabilah


















(Nabilah & Hafiz)

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan ini saya dengan segala hormatnya menjemput seluruh pembaca budiman untuk hadir ke Majlis Pernikahan saya:

(Rumah Pengantin Perempuan-Siti Nabilah Sulaiman)
Tarikh: 31 Mei 2009
Hari: Ahad
Alamat: No. 103, Taman Ria, Jalan Inai, Kota Tanah, Seberang Perak, ALor Setar, Kedah

DAN

(Rumah Pengantin Lelaki-Muhammad Hafiz Badarulzaman)
Tarikh: 7 Jun 2009
Hari: Ahad
Alamat: 15/3 Taman Bersatu, Bedong, Sg Petani, Kedah


Disertakan bersama Pelan ke Rumah Pengantin

[Rumah Pengantin Lelaki-Hafizbad]

[Rumah Pengantin Perempuan-Nabilah]

Rabu, 2009 Mei 27

Berjaya dalam Pelajaran: Kenali Dirimu!!!

Ramai yang ingin berjaya dalam kehidupan dan pelajaran. Namun masih ramai yang gagal dalam kehidupan mereka. Kenapa hal ini berlaku? Hal ini berpunca kerana mereka TIDAK mengenali Diri mereka dan potensi.

Jom kita lihat apa Unsur yang ada dalam badan manusia yang mampu memandu kita untuk berjaya dalam kehidupan seharian mahupun pelajaran. Manusia telah dibahagikan kepada 4 Unsur Utama:

1. Ruh
Setiap manusia diciptakan permulaannya ruh. Ruh merupakan antara perkara Gyaibiyyat (perkara2 ghaib) yang wajib kita yakini dan wajib kita imani. Hal ini telah dibuktikan lagi dengan Firman Allah dalam Al Quran: "Bukankah Aku Tuhan kamu? Maka ruh2 menjawab:Bahkan Ya Allah!" Ini merupakan perkara asas bahawa setiap diri manusia mempunyai ruh dan makanan ruh ialah Ibadah. Sekiranya ruh tidak diberikan makan maka secara tak langsung kita juga akan menghadapi gangguan emosi dan psikologi. Itulah mengapa kita selalu gagal dalam kehidupan kerana Ruh kita tidak DIISI dengan IBADAH.

2. Jasad
Tubuh badan manusia yang berbentuk JISIM dipanggil sebagai JASAD. Jasad yang berbentuk jasmani merupakan bentuk luaran kepada ruh. Jasad perlu dijaga kerana ia memberikan kekuatan kepada kita untuk belajar dan bekerja. Saya teringat satu pesanan kaunseling yang saya terima di Ampang Putri Medical Centre.

Kata Kaunselor Kesihatan sana kehidupan manusia ini akan dijamin sihatnya dengan 4 Perkara. Pertama, pastikan ada rutin senaman yang cukup. Kedua, pastikan kita punya diet. Ketiga, Supplement atau makanan tambahan pun diperlukan.Keempat, Medical Check up setahun sekali. Oleh itu, jasad yang ada perlu dijaga agar dapat kembalikan tenaga utk kejayaan kehidupan

3. Akal
Antara yang membezakan manusia dan binatang ialah akal. Seperti yang Allah nukilkan dalam Quran,"Sesungguhnya aku jadikan manusia ini sebaik2 ciptaan" Oleh itu, akal perlu dijaga dengan baik. Antara makanan akal ialah ILMU. Ilmu perlu disadur agar ilmu yang diberikan bukanlah ilmu yang menyeleweng mahupun sesat.

4. Nafsu
Antara kelebihan lain pada manusia ialah NAFSU. Kalau manusia tidak punya nafsu, maka kehidupan manusia bagaikan malaikat. Seperti kata2 ulama Feqah, Iman Malaikat Tidak pernah naik dan tidak pernah turun. Jadi kehidupan mereka statik iaitu Mengabdikan diri kepada Allah semata2. Mereka tidak berkahwin, berkeinginan dan sebagainya. Nafsu ini perlu dikawal kerana nafsu juga membantu kepada kejayaan sekiranya nafsu ini dibentuk.

Imam Ghazali menafsirkan nafsu sebagai hati nurani dalam kitab Ihya Ulumuddin. Justeru nafsu terbahagi kepada tiga kategori. Tiga kategori nafsu manusia adalah:

a. Nafsu Mutmainnah. Tiada rasa untuk membuat perkara mungkar dan terpelihara daripada penyakit hati.
b. Nafsu Lawwamah. Ia mempunyai pertentangan antara membuat perkara yang baik dan keji.
c. Nafsu Amarah. Nafsu yang berkehendak melakukan perbuatan keji.

Kesimpulan
Kejayaan dalam Kehidupan didorong dengan mengenali diri terlebih dahulu. Sekiranya 4 Unsur Manusia ini digabungkan dengan baik, I'allah ia akan membuahkan hasil yang cemerlang. Kejayaan bakal milik ANDA!!